Wednesday, June 1, 2011

Kebalkah Iman Kita?

ye, kebalkah iman di hati kita? me memang patut bersyukur yang me dan suami berkahwin awal. alhamdulillah.

kadang-kadang bila me terbaca kisah pembuangan anak, mengandung anak tidak sah taraf, me turut sama mengalami emosi yang amat tidak stabil.

termarah-marah tapi takdela sampai terjerit-jerit. tapi hati rasa sakit, batin di dalam terasa bagai nak pecah. tapi apa jaminan yang me boleh beri sekiranya me berada pada situasi mereka ini yang me akan turut sama tidak tersasar?

kebal sangatkah iman di hati me? bila tengok remaja berjalan (me pasti belum bernikah) berpimpinan tangan, me juga pernah seperti mereka. memang dalam hati menggelengkan kepala, padahalnya me dulu begitu juga. tapi apa bentengnya? iman? hati? sejauh mana kita mampu membentenginya?

pernah dengar pangkat syaitan yang memperngaruhi si ustaz mungkin jauh lebih tinggi dari pangkat syaitan si gigolo? nampak syaitan yang menggoda kita pangkat apa? ha........ tak tau kan? jadi berdoalah selalu tuan puan tidak tersasar.... bersyukurlah Allah masih sayangkan tuan puan dengan diberikan ujian dan dugaan.

bila ditimpa musibah, renung sejenak, pasti ada sesuatu yang mahu Allah sampaikan kepada kita. juga bila ditimpa bahagia, jangan asyik terus leka. dugaan Allah dalam pelbagai rupa...

Ya Allah, ketentuan kami di tangan MU, kau bantulah kami menjadi mukmin yang soleh, Berilah hidayahMu kepada kami ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati kami setelah kami memperoleh hidayah dariMU ya Allah. mudah2an Kau tetapkan hati kami dalam beriman kepada MU. dan mati kami dalam keadaan kami beriman kepada MU ya Rabbul Alamin...
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Friday, February 25, 2011

percutian!


me bukanlah nak bercerita mengenai me punya percutian. tapi me nak berkongsi dengan tuan puan bagaimana tuan puan nak pastikan yang percutian tuan puan berbaloi.

walaupun me bukanlah pemandu pelancong ataupun bekerja dengan mana-mana syarikat pelancongan tapi me memang berpengalaman menguruskan percutian berkumpulan. setakat ini mungkin dah 5 percutian. dan setahu me la, kesemua peserta berpuas hati dengan apa yang me uruskan.(belakang-belakang tak tahula) hehehehe.....

bila tuan puan nak pergi bercuti, bercadang untuk bercuti, perkara yang paling utama tuan puan kene buat ialah budget. berapa budget tuan puan. rm100? rm1000? besar budget lagi la senang urusannya. tapi, bukan kata kecil budget tak boleh bergembira juga. kalau kene gaya dan caranya mesti best juga.

sebab tu budget tu penting. me ni suka gaya backpackers. senang, simple, mudah. walaupun semuanya memberikan maksud yang sama, tapi memang keselesaan tetap menjadi topik. sebagai contoh, tuan puan bercadang ke cameron highland 3hari 2malam menaiki kereta sendiri. jadi, senarai yang perlu ada dalam budget tuan puan ialah; minyak kenderaan&tol, hotel/chalet/apartment, makan untuk 3hari 2malam, shopping.

kalau tuan puan di semenanjung, nak ke sabah/sarawak, yang patut ada dalam budget tuan puan ialah; tiket penerbangan, kenderaan sewa, minyak, hotel, makan, shopping dan bayaran masuk ke muzium dll.

jadi bila tuan puan dah ada list, duit di tangan pun takdela bawak banyak. yang patut-patut sahaja. jadi, kebarangkalian tuan puan berbelanja sakan agak sedikit.

benda kedua yang tuan puan patut ambil berat ialah tempat-tempat yang perlu dilawati. zaman ni macam-macam cara tuan puan boleh dapatkan info. terutamanya dari internet. dalam internet ni macam-macam ada. dari situ, tuan puan patut tengok jarak dari tempat menginap ke tempat yang ingin dilawati, berapa bayaran masuk, berapa lama masa yang tuan puan perlu ambil di sana, dan tuan puan perlu kalau boleh tengok dalam peta tempat-tempat yang ingin dilawati. mana yang berhampiran didulukan. yang jauh dikemudiankan. mana yang perlu ambil masa yang lama. mana yang perlu ambil masa yang sedikit. itu semua penting. jadi supaya masa yang tuan puan gunakan semasa bercuti terisi dengan bermanfaat.

dan akhir sekali, beg. 1 je perkataannya iaitu beg. tuan puan perlulah pastikan tuan puan travel light. nk translate macamana ye. tapi yang pastinye kalau pergi suami isteri je bawa 1 beg je tak payah 2beg. kalau ada anak pun biar 1 beg je yang dibawa ke sana sini. lepas tu, beg yang dibawa tu tersangatla mudah dibawa. contoh, beg tarik dan backpack.

sekian, rasa-rasa tu je benda yang paling penting kot. kalau me rasa ada nak tambah nanti me tambah. semoga percutian tuan puan indah untuk dikenang:)
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Masa berlalu terlalu Pantas

assalamualaikum,

bukan me sengaja mengabaikan blog ni. dan bukanlah me tiada idea untuk mengemaskini blog. memang terlalu banyak hal yang patut dibicarakan. tapi me kesuntukan masa. bila nak meluahkan idea perlukan suasana yang tenang dan aman. me sangat memerlukan semua itu.

sebenarnya dalam lrt pun boleh je nak kemaskini blog, tapi takde pulak laptop nye. mungkin kalau me ada laptop lagi best kot. hihihi.....

tapi takpe, me memang dah bertekad, dapat je me sambung master, me pasti carik laptop untuk dihadiahkan kepada diri me sendiri.

harap-harap abg sayang me tu dapatla habiskan tesis dia semester ni. dapatla me apply sambung belajar.

sekian, buat masa ni.

ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Tuesday, September 28, 2010

pernikahan=komitmen


entry kali ni me tujukan khas buat seorang sahabat yang sentiasa disayangi. U always have my shoulder to cry on!

pernikaha bukan sahaja ikatan di antara 2 hati. tapi apa yang me nampak ia juga adalah komitment di antara 2 pihak. samada pihak lelaki bersedia untuk memberi komitmen kepada seorang isteri bukan sahaja dari segi batin malah rohani dan jasmani. mendirikan rumahtangga jauh lebih mudah dari mengharunginya. entry me kalini bukanlah luahan hati dari isihati me tetapi ini adalah kenyataan dan hakikat yang kita semua akan laluinya.

me tiba-tiba teringat apa yang adik me cakap pada me baru-baru ini. apabila penceraian sering menjadi isu, adik me cakap dia takut untuk melaluinya. me ingatkan dia, bahawa bukan penceraian sahaja yang sering menjadi isu dan perbalahan juga dugaan dalam berumahtangga. banyak lagi isu lain. ibu bapa boleh jadi isu, anak boleh jadi isu, duit boleh jadi isu, kerja boleh jadi isu. apa sahaja boleh jadi isu. kesemuanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Allah tidak akan menduga hambaNya di luar kemampuan HambaNya. jadi, berbalik pada awal entry ini, pernikahan adalah komitmen di antara 2 hati.

samada si wanita apabila menjadi isteri, sanggup mengorbankan mungkin hampir 50% dari apa yang boleh dilakukan semasa bujang dan samada si lelaki pula sanggup menyediakan hati hanya pada isi rumahnya yang begitu setia menanti?

tepuk dada bukan sahaja tanya pada hati tapi tanyalah iman tuan puan sejauh mana kita sanggup diuji dan teruji.

mudah-mudahan me, ahli keluarga me, tuan dan puan sentiasa Allah pelihara dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. AMIN!
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Tuesday, August 3, 2010

Komen anda? Penting ke?


Sejauh mana tuan puan sanggup menyatakan ketidakpuasan hati tuan puan? Mungkin terlalu general. Biar me specifickan. Kalau tuan puan tidak berpuas hati dengan pengurusan bank semasa melakukan transaksi bank melalui kaunter, sejauh mana tindakan tuan puan menyatakan ketidakpuasan hati tuan puan?

Tanya me? Hm..... mungkin me membebel pada orang lain. Lepas tu karang komen dalam hati. Tapi tidak dihantar atau submit pada yang sepatutnya.

Jadi adakah kita membantu mereka untuk menjadi lebih baik dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik? Selepas tu kita cerita kelemahan sekian tempat sekian tempat ni pada orang. Eh! Me begitu juga.

Tapi...... berbalik pada perkara tajuk. Komen kita, penting ke?

Itulah kalau hendak fikirkan penting @ tidak memang boleh jadi sakit hati. Tapi hendak @ tidak kita memang sepatutnya komen. Bukan sahaja dapat membantu pengurusan untuk menjadi lebih baik tetapi mungkin juga sebenarnya pihak atasan tidak tahu menahu apa yang terjadi di bawah. Yang mereka tahu semuanya baik belaka.

Setiap kita memang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Me baru je jadi berani untuk menyatakan pendapat me. Me tak kisah apa pandangan orang pada me. Dan me juga tak kata apa yang me cakap perkara yang betul. Tuan puan bila lagi?

Monday, August 2, 2010

myMetro | Pelindung ibu dan bayi

myMetro Pelindung ibu dan bayi

penyusuan eksklusif-susu ibu part 2


Punyala lama baru me dapat update entry. Itupun selepas my dearest friend(fieza) cakap suka baca. (thanx za) me bukanlah mencari idea. Sbb idea tu memang dh ada. Cuma mencari masa yang sangat sesuai, tenang dan aman untuk diolah.

Sebelum kita pergi ke factor seterusnya, ni me copy n paste dari harian metro ahad antara sebab mengapa tidak menyusukan dengan susu ibu.

“TERLALU sikit, puas cuba beri anak susu badan tetapi dia macam tak puas, asyik menangis saja. Akhirnya saya dan suami mengalah, berikan Aina susu formula. Lebih senang, terutama bagi saya yang kerap bertugas di luar daerah. Kalau dipaksa beri, payudara saya yang terasa sakit.

(alasan yang ni memang me dh selalu sangat dengar. And me memang dah highlight pasal susu tak cukup ni. Anak me dulu, 1st day, dia sangat suka bergayut. Me bagi je. Nk kata tak letih, yes! Me memang sangat letih. Tapi me lawan semua tu sebab me nak dia menikmati. Padahal me tau bukan ada susu pun. Dia sekadar nak nyonyot je. Bila cabut marah. Jadi disebabkan perangai nyonyot dia pada hari pertama tulah dia telah menggalakkan susu keluar. Jadi puan memang tidak sepatutnya tidak berasa selesa semasa menyusukan. Sebab semasa hendak menyusukan puan mestilah bersedia dan puan mestilah berada dalam keadaan yang selesa. Supaya jika si baby nak bergayut sehingga setengah jam lamanya pun, puan tak rasa lenguh)

Kawan cerita, mereka tidak cukup tidur malam kerana terlalu kerap bangun menyusukan anak,” kata seorang wanita ketika menunggu giliran untuk pemeriksaan bulanan kehamilan (eh! Yang ni me tak pernah pulak lagi dengar. Kalau betulla macam nak kene sekeh je. (ops!) ada ke patut. No komen!

Ok! Faktor seterusnya:

Persiapan yang tidak mencukupi

Yang ni bukan dari segi ilmu pengetahuan je, dari segi equipment. Perlu cukup serba serbi. Tapi ikut kreativiti masing2. macam ada orang tak guna pun cooler bag. Beli air batu 20sen, pastu masuk dalam bekas ais tu, masuk susu dalam tu. Jadi, ini tak salah, sebab kita sepatutnya buat dengan cara yang kita rasa mampu dan selesa.

Macam ada member me ni. Dia terpaksa berkursus selama 2minggu. Nak ikutkan memang lama. Anak dh nak masuk setahun setengah. Seminggu sebelum berkursus baru ajar anak formula. Sebab susu perahan tak cukup. Tapi dia memang me tabik spring(hehehe) semasa kursus dia bukan bawak cooler bag, tapi bekas air yang sedikit besar dari cooler bag untuk mengisi susu. Kagum! Memang me sangat kagum! Itu adalah kelebihan dan kesungguhan dia.

Jadi, macam dia. Memang persiapan yang cukup dari segi mental, fizikal dan equipment memang sangat penting. Tuan puan perlu pastikan segala-galanya lengkap. Tanya yang sudah berpengalaman. Bukan hanya sekadar mencari pelbagai bahan bacaan. Tuan puan perlulah bertanya pada yang telah berjaya. Buat sesi soal jawab.

Untuk para tuan ni, jangan hanya letak beban mencari ilmu ni hanya pada si isteri yang menyusukan. Tuan juga perlulah mendapatkan info-info yang berkaitan. Macam suami member me yang lagi sorang ni. Me ingat, kami duduk berdiri lama depan rumah( kenapalah tak jemput dia masuk rumah) suami member me ni tanya macam-macam pada me pasal menyusukan anak ni. Isteri sedang berpantang di rumah, suami cari info. Bagus! Untung siapa dapat dia. Hehehee...... (jangan marah ye mie)

Tapi memang ye. Dia tanya macam-macam. Me tak bosan menjawab. Malah me rasa sangat teruja dan seronok. Seronok bila ada kawan-kawan yang berjaya

Dan akhir sekali faktor yang paling terbesar. Ada dua. Nk kata satu lebih besar dari yang lagi satu mungkin bergantung. Dan faktor terbesar itu ialah:

Diri sendiri & suami

Kedua-dua ni me rate sama rata. Sebab isteri kebiasaanya walaupun dia adalah juga yang degil tapi akan ada yang lembut hati bila suami kata begitu begini.

Me nak elaborate ke pasal dua faktor ni? Perlu ke? Me rasa tak perlu. Sebab tepuk dada tanyalah hati.

Cuma penyelesaiannya apa-apa pun ada masanya diri kita adalah yang terpenting. Kita sendiri yang perlu yakinkan diri kita boleh, nak memberikan yang terbaik, nak anak sihat, nak anak cerdik dan cerdas. Sebab bila anak sihat selalu, tuan puan pasti akan sentiasa tersenyum.

Walaupun tidak sihat adalah perkara biasa untuk seorang bayi yang membesar, namun sedaya mungkin kita cuba meminimakan risiko dengan memberikan yang terbaik iaitu susu ibu kepada anak.

Mudah-mudahan tuan puan berjaya pada masa sekarang dan akan datang. Amin