Friday, May 14, 2010

unit amanah



me tercari-cari sesuatu yg me boleh masukkn sbg rujukan tuan puan. me mmg sgt menggemari skim unit amanah. cari punya cari me asyik je terjumpa the same article but being copy & paste to another blog. hm...... jd me decide taknak melakukan perkara yg sama.

hari ni me cuma nak masukkn advertorial dr www.sidc.com.my yg dimuatkan ke dlm harian metro. kelemahan unit amanah. sebenarnya smlm ada diselitkan kelebihannya tp me terlepas pandang pulak. nnt me masukkan ok. hari ini terimalah kelemahannya terlebih dahulu:)

ops! sebelum cerita ttg kelemahan me cerita serba sedikit apa itu unit amanah?

unit amanah (asn, asb, public mutual fund, cimb mutual fund, dll) adalah di mana sebuah syarikat yg berdaftar yg mempunyai pelabur2 professional yg menguruskan pelaburan anda, di mana pelaburan ini terdiri daripada pelbagai saham. jd oleh kerana ianya adalah gabungan dari pelabagai saham atau portfolio, risiko adalah rendah jika dibandingkan dengan melabur di dalam saham terbuka.

ok, seterusnya kelemahan pasaran unit amanah.

1.tertakluk kepada risiko pasaran

samada saham terbuka ataupun unit amanah tetap tertakluk kpd risiko pasaran. harga pasaran bergantung kepada tahap kesihatan pasaran. cumanya risiko pasaran bagi unit amanah adalah kecil berbanding saham terbuka di mana bergantung kepada porfolio(kepelbagaian pelaburan) unit amanah tersebut. cumanya tuan puan dinasihatkan supaya melabur di dalam amanah saham yg diyakini kestabilannya. tidak bercadang untuk promote mana-mana unit amanah tetapi tuan puan boleh melayari sendiri ttg ini di internet. ini juga dpt dilihat di dalam suratkhabar di bagaian ekonomi ataupun bisnes.

2.tidak sesuai bg pelaburan jangka pendek

ya! unit amanah bukanlah satu pelaburan jangka pendek. tuan puan memerlukan sekurang2nya tiga tahun ke 5thn utk melihat pelaburan tuan puan semakin bercambah sihat. jika tuan puan bercadang untuk menggunakan duit ini dalam masa yg singkat, ops! ini bukanlah pelaburan terbaik. namun begitu tuan puan juga bolehlah menikmati dividen bagi unit amanah ini.

3.tiada kawalan terhadap keputusan pelaburan

seperti yg me nyatakan dlm point yg pertama di mana syarikat unit amanah mempunyai portfolio yg tersendiri, tuan puan tdk mempunyai hak utk menentukan saham yg patut dibeli ataupun tdk. kerana ini ditentukan oleh syarikat saham itu sendiri. namun begitu tuan puan boleh emnarik nafas lega kerana tdk perlu bersusah-payah untuk memikirkan pelaburan yg patut dilakukan.

4. perlu membayar yuran dan caj berkaitan(yuran pembelian, yuran pertukaran etc)

disebabkn unit amanah diuruskan oleh professional tuan puan dikenakan caj2 berkaitan.

piala thomas + uber 2010

me dgn rasa bangganye letak gambar datuk lee chong wei ke dlm me punya entry. jd dgn semangat berkobarnya me nk berbicara mengenai piala thomas. walaupun title entry ni ialah piala thomas dan uber. tp me mmg taknak cakap psl piala uber sbb me mmg tak tgk langsung pn piala ubar yg biasanya masa me mmg tidak berada di depan tv. lagipun malaysia tidak dapat beraksi dalam piala akhir piala uber.

ok. ckp psl piala thomas. me memang duduk setia menonton di depan tv bersama si manja dan abg. walau si manja tu sering je mengganggu kami ttp setia menyokong skuad malaysia. dan sampai si manja pn terbawa2 untuk sama2 melaungkn kata semangat.

me mmg sgt menyokong skuad malaysia walaupun en jailani sidek mengatakan yg peluang malaysia utk menang adalah "impossible". eh! me tak setuju pulak dia ckp mcm tu. walaupun ya dia ckp berdasarkan fakta ttp me rasa dia patut yakin yg malaysia boleh menang jika usaha digandakan.

mcm k.rajagopal yg yakin dgn skuad bola malaysia yg boleh mengatasi kelemahan mereka untuk menjulang pingat. walaupun kutukan demi kutukan kepada skuad bola malaysia tp me rs mcm rajagopal buat tak dgr shj atas apa yg dikomen. itu yg me mmg salute k.rajagopal. FAM membuat keputusan yg tepat memilih beliau sbg jurulatih.

jd dengan itu juga me mengharapkan perkara yg sama pd jurulatih skuad badminton negara. bukan mereka tdk menunjukkan kecermalangan dlm permainan mereka, ttp nampak seperti sama sahaja.

me paling sakit hati bila menonton perlawanan di antara datuk lee dgn lin dan. sbb datuk lee adalah pemain nombor 1 dunia. jd beliau lebih layak menjadi juara. beliau lebih layak sepatutnya memenangi perlawanan di antara beliau dan lin dan. me tahu juga yg datuk lee pernah mengatasi lin dan pd thn lps. yes! tlg ulangi kejayaan tersebut. sbb bila dia menang me tak dapat tgk pulak. bila dia tak menang me selalu je dpt tgk dan sakit hati.

ok me sedar ini adalah perjuangan berkumpulan. mudah2an bukan datuk lee shj yg berusaha keras. ahli skuad negara yg lain juga turut berusaha dan menaikkn nama malaysia. meskipun peluang mungkon 30%, me tak nafikan semangat dan keyakinan penting dalam pertandingan.

go choon hann go! eh! go skuad badminton malaysia go! jom sama2 kita bg semangat pd skuad badminton walau menjerit di rumah sekalipun:)

7 things to stop doing on facebook

copy from the link,

7 things to stop doing now on facebook

  1. using a weak password
  2. leaving your full birth date on profile
  3. overlooking useful privacy control
  4. posting your child's name in caption
  5. mentioning that u'll be away from home
  6. letting search engines find you
  7. permitting youngsters to use facebook unsupervised.

for more, click on the title above.

Thursday, May 6, 2010

myMetro | GST kukuh kewangan

myMetro GST kukuh kewangan

GST again n again!


me ni baca paper harian metro je. sbb apa me beli harian metro sbb dl harian metro plg murah. rm1.20 je time suratkhabar utusan dan berita harian naik ke rm1.50. tp bila harian metro naikkn juga harga terus me bertukar kepada sinar harian. sbb tujuan beli paper ni utk bacaan customer yg dtg ke office je. sementara menunggu me siapkn covernote kereta, boleh la mereka membaca paper. membaca kn jambatan ilmu:)

tp sinar ni mcm tak kene dgn me punya jiwa. sbb sinar ni byk berita tempatan. (agknya me ni suka sgt baca cerita artis-patutlah-heheheheh) last2 tukar blk beli harian metro. tp pg td me terbaca psl gst. pls refer to the link. hm...... tuan puan baca sendirilah! me malas je rs nk komen pjg2. nnt kene gam pulak nnt.

kesimpulan yg me dpt buat, gst utk manfaat kerajaan, meningkatkn pendapatan kerajaan utk pembangunan negara.

kakitangan kerajaan keep on mtk increase their wages, and then yg ni kira akan membantu kerajaan utk menaikkn gaji kakitangan kerajaan.

selain itu, bg membendung peniaga menaikkn harga sesuka hati rakyat akan diberikan lesson yg secukupnya ttg gst ini(sejauh mana?) dan kerajaan juga akan memastikan peniaga tdk akan menaikn harga sesuka hati.

brgn keperluan tdk akan dikenakan gst(cth: minyak, tepung, garam, gula) elektrik tdk akan dikenakan gst bg 200unit pertama dan bg air pula bg 35 meter padu yg pertama(ya Allah! semua ke kena?)

tapi tuan puan, persoalan yg bermain2 dan menari di me punya minda.

mampukah kerajaan memastikan tiada kenaikan harga dari para peniaga?

believe me! they'll create a reasons so that they can increase the price.

wallahua'lam

Wednesday, May 5, 2010

pendapat jgn berlebihan!


beberapa hari yg lalu me ada terdgr siaran berita di radio yg mengingatkan supaya pengguna2 blog supaya jgn memberi pendapat yg berlebihan. hm..... tuan puan faham maksudnya?

me juga faham. semestinya ini ada kaitannya dgn politik. me, bknlah tidak berminat pd hal politik ini. tp me mmg tak bercadang utk komen any political issues. sbb apa? sbb me bakal jd calon yg akan bg komen berlebihan. heheheh.....

tp ini pendapat me ttg komen berlebihan ni.

bkn mudah utk seorg rakyat biasa spt kita utk mengajukan any suggestions or persoalan or pendapat pd bdn pemerintah. jd apabila apa jua isu diperbangkitkan dlm blog masing2 itu adalah pendapat peribadi mereka. sort of luahan hati mereka. cuma kdg2 ada yg terbakar dek luahan hati tersebut. tp, siapa mkn cili mestilah dia yg rs pedasnya. betul tak?

then, timbullah isu luahan pendapat yg berlebih2an.

sbg cth. me ni adalah peminjam setia ptptn. me juga adalah pembyr setia ptptn. tp adakalanya me berasa tawar hati utk teruskan pembayaran. kenapa?

sbb ptptn tlh mengwar-warkan utk menurunkan kadar peratus kos perkhidmatan since 2008 lagi. tp sampailah skrg belum ada apa2 bayang. me jd tawar hati utk membayar bkn apa. sbb me rs me terlalu layak utk menerima penurunan kadar tersebut. tp sekarang ni me terpaksa menerima kos sebanyak lebih krg rm17/bln instead of rm7/bln. jauh kn bezanya jika di kali dgn 12bln. jd tuan puan fikirkanlah dr 2008 sehingga sekarang sudah berapa tahun yg berlalu.

me tak pasti tuan puan sedar atau tidak alasan yg diberikn pihak ptptn tdk menurunkan kadar peratus kos perkhidmatan sampai sekarang. tp me tersgtlah ingat.

apa alasannya?

krn masih ramai peminjam ptptn yg belum mengemaskini alamat masing2.

me terfikir, mereka yg berkata ni sekolah tinggi mana ye? ops! kn dh bg komen terlebih. takkan nk tunggu semua update br boleh reduce? amboi....amboi.... noty ni! yg pembayar setia macamana? nk tunggu sampai dh habis hutang mereka?

ha! ini belum cth memberi pendapat terlebih lg tuan puan. jd, tuan puan fikir2kanlah. ini adalah gerbang memberi pendapat. kalau di sini pun kita disekat, kt mana lg la tpt yg sepatutnya?

Tuesday, May 4, 2010


ni me petik dr www.zaharuddin.net, me punya husband yg fwd email pd me. me rs sgt sesuai utk dikongsikan bersama dalam era facebook yg semakin meluas ni. bukan shj sbg nasihat dan pengajaran utk tuan puan, ttp juga utk me yg alpa dan leka sbg hambaNYa.... mudah2an Allah sentiasa melimpahkn rahmat terhadap tuan puan sekeluarga:D

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.



Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.



Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.



Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.

Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.



Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.



Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.



Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.



Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .



3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.



Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.



4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.


Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.



5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.



Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.



Ini boleh menjadi dosa, kerana :-



a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.



6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan



Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.



Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.



Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.





KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Mei 2010




Last update: 04-05-2010 06:21 Published in : Artikel, Bahasa Articles