Tuesday, April 6, 2010

family planning (part 3)


gambar di sblh me paste utk tatapan tuan puan bagaimana rupanya iud dan di mana ianya dimasukkn.
sanggup ke? itu ikut masing2. me pernah tanya pendapat yg sdg menggunakan iud ni. and dia jwb ok je sbb benda nie kecik je. xrasa pun. walaupun me rs kecut perut mendengar explanation dia, maybe org yg kuat semangat je kot boleh terima benda ni.(betul ke?)
sambungan.......
Apakah kaedah yang sesuai untuk saya?


Anda perlulah menentukan kaedah yang paling sesuai untuk anda dengan bantuan anggota kesihatan.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih kaedah perancang keluarga:



  • Umur wanita tersebut

  • Taraf kesihatan

  • Keberkesanan kaedah(ada yg tak sesuai dgn sesetengah kaedah. Sbg contoh ada yg mengalami pendarahan selepas dimasukkan iucd. Jd nk kena mencuba kaedah yg lain)
    Kaedah yang disukai individu (ada juga puan yang tak suka dengan komitmen utk mkn pil setiap hari jd lebih memilih utk suntikan lebih slmt)

  • Kaedah yang terdapat di klinik


Bagaimana untuk saya tahu yang saya tidak hamil sebelum memulakan perancang keluarga?


Sebelum memulakan perancang keluarga, anda harus memastikan anda tidak hamil.Wanita tidak hamil jika beliau tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan mempunyai criteria seperti di bawah:



  • Dalam masa 7 hari selepas haid normal

  • Dalam masa 7 hari selepas keguguran

  • Dalam masa 4 minggu selepas kelahiran untuk ibu-ibu yang tidak menyusukan bayi

  • Ibu-ibu yang menyusukan anak dalam masa 6 bulan kelahiran dan belum lagi turun haid (yg dh period nk kena check dl ok bila period tak dtg bln 2)

  • Belum lagi melakukan seks sejak haid terakhir

Sekiranya kehamilan belum lagi dipastikan, anda perlu :
melakukan ujian kehamilan air kencing atau tunggu sehingga haid berikutnya (kondom dan penggunaan bahan pembunuh sperma boleh digunakan sementara menunggu haid berikutnya)

No comments:

Post a Comment