Tuesday, April 6, 2010

family planning (part 2)


Salam….
Me tiba2 rasa lamanye nk wat entry baru. Jd kalini me bertindak semudah yg mungkin. Sbb me rs dlm ni mcm dh cukup lengkap dh apa yg tuan puan nk tau. Semua ni me copy & paste dari http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/MerancangKeluarga.php.

Jom, kita baca sesama......(btw, sbb me rs mata tuan puan mesti berpinar2 nk baca entry yg pjg ni, me buatla sampai 3entry k! Happy reading!)

Merancang Keluarga

Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?

Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut. Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:

1. Berumur diantara 20 dan 35 tahun
2. Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
3. Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
4. Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
5. Pasangan ingin mempunyai anak

Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor di atas tidak dipenuhi.Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.

Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?

(bila me tulis rujuk nota, that means, dlm entry yg lain me akan terangkan lebih lg)


Kaedah semulajadi(rujuk nota 1)

  • Kaedah masa subur
  • Suhu badan asas
  • Kaedah cairan dan lendiran faraj
  • Kaedah gabungan
  • Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
  • Kaedah anzal(me + lg 1)

Kaedah halangan

  • Kondom
  • Topi servik
  • Diafram

Hormon(rujuk nota 2)

  • Pil
  • Implan
  • Suntikan (ada kemungkinan tidak haid ataupun haid 3bln sekali)
  • Alat dalam rahim

Kaedah kekal

  • Ikatan tiub fallopian/peranakan
  • Pembedahan mengikat saluran mani lelaki


Apakah faedah merancang keluarga?

  • Meningkatkan kualiti hidup wanita, pasangan dan anak-anak
  • Membantu wanita merancang dan menjarakkan kehamilan untuk kesihatan ibu dan anak yang lebih baik
  • Untuk mengelakkan kehamilan yang tidak di ingini
  • Untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi
  • Merancang keluarga membaiki kesejahteraan keluarga

No comments:

Post a Comment