Tuesday, April 6, 2010

family planning (part 4)

gambar di sebelah adalah contoh pil 21 dan 28. me akan terangkan kemudian kenapa 21 n 28 tu.


Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

Hormon (pil)

  • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari selepas kedatangan haid. (pil mungkin akan menyebabkan sedikit pendarahan kerana pil ini juga bertindak mencuci darah pada rahim/menipiskan rahim. Jangan risau jika ini berlaku kerana ini adalah simptom yg biasa melainkan ianya pendarahan yang berterusan, barulah perkara ini perlu dirujuk pada doktor)
  • Selepas keguguran- mulakan serta merta
  • Selepas kelahiran :-
    Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
    Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
    (part ni me xberapa setuju. Yg ni yg me bc n tanya dari doktor ok! Setahu me, pil boleh digunakan utk kedua2 samada ibu yang menyusukan ataupun tidak. Cuma bg ibu yg menyusukan, ada 1 pil jenama noriday yg dikhususkan utk ibu yg menyusukan anak.(cara pemakanan rujuk nota2). Seawal bila sepatutnya pil dimakan? Tdk kira pil bg ibu menyusukan ataupun tidak, dimulakan seawal 3minggu atau hari ke-40 melahirkan. Atau jika terlepas tarikh tersebut, puan perlu mulakannya apabila datang haid pertama selepas melahirkan. i.e. pd hari pertama haid. Ataupun dlm tempoh haid tersebut.)

Suntikan hormon

  • Mulakan dalam masa 7 hari haid
  • Mulakan serta merta selepas keguguran
  • Selepas kelahiran
  • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
    (yg ni pulak me xberapa sure. Nnt me confirmkn blk ok!)

Alat dalam rahim

  • Semasa haid
  • Serta merta selepas keguguran
  • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

Kaedah kekal

Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)

  • serta-merta selepas melahirkan atau
  • 6 minggu selepas melahirkan atau
  • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
  • Bila-bila masa

Lelaki (Vasektomi)

  • Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan

Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.

3 comments:

  1. (Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula)

    Mungkin sher zul udah 'TERAMBIL' nota dulu kot.. sbb skrg ni dah tak ada masalah untuk mulakan kaedah perancangan keluarga sbb bnyk pilihan dan tidak mengeringkan susu serta pemberian FM adalah tidak digalakkan. tamb. pula dulu2 tak adanya 'hosp. rakan bayi.contohnya'

    ReplyDelete
  2. (Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak -yg ni pulak me xberapa sure. Nnt me confirmkn blk ok!)

    Mmg betul, jika menyusukan bb, suntikan akan diberi 6 minggu selepas bersalin

    ReplyDelete
  3. AAH! btol kak. sbb tu sy ckp xsetuju. memang pil tidak mengeringkan susu. sbb yang tulisan merah tu sy copy paste, yg purple tu komen sendiri. btw, tq 4 da info:)

    ReplyDelete