Friday, April 30, 2010

roadtax renewal part 3- ncb dan roadtax

selepas settled hal jumlah perlidungan, kita ckp pasal ncb@ ncd. ncb tu me sebenarnya sampai skrg tak tau stands for apa tp ncd tu adalah non-cash discount. tp dua2 tu memberi erti yg sama.

ncd adalah diskaun yg tuan puan terima kerana berkelakuan baik. hehehe.... sesuai...sesuai.... kerana menjadi pemandu yg berhemah. krn tidak melanggar divider hingga kenderaan remuk, tdk melangar kenderaan lain dan apa2 juga kemalangan yg menyebabkan tuan perlu menuntut dari pihak takaful.

diskaun ini meningkat dr tahun ke tahun sehingga max 6thn. thn 1st(thn kenderaan dibeli-0%), thn ke2-25%, thn ke3-30%, thn ke4-38.33% thn ke5-45% dan max adalah 55% hingga akhirnya selagi tuan puan masih berkelakuan baik.

diskaun ini boleh ditransfer dari kereta ke kereta yg lain ataupun dari insurans lain ke insurans lain. dgn syarat tuan puan perlulah menyimpan rekod bagi polisi kenderaan tersebut bagi tahun ini utk kegunaan thn dpn.

sekiranya pada tahun ke3 tuan puan melakukan tuntutan, ncd ini akan kembali semula kepada 0% dan seterusnya.

huh! lega!

selepas urusan perlindungan kereta selesai, barulah tuan puan boleh renew roadtax. samada menggunakan khidmat
http://www.myeg.com.my/ , ataupun pergi ke jpj@post office utk renew roadtax. bg urusan di jpj @ post office tuan puan perlu membawa bersama geran kereta tersebut. beserta duit ye!

nk tau berapa harga roadtax?

harga roadtax ada tercatat di bhgn depan geran bersama-sama maklumat kenderaan. ada harga bg 6bln ataupun setahun. ataupun, ntah mana entah geran berada tuan puan boleh layari
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp

No comments:

Post a Comment