Friday, April 30, 2010

roadtax renewal part 2- perlindungan insurans @ takaful

bagaimana boleh tertipu?

both operators(insurans dan takaful) apply the same concept & rate. tuan puan boleh pilih samada utk mengambil comprehesive/1st party atau 3rd party. kebiasaannya utk kereta yg masih di finance tuan puan diwajibkan utk mengambil perlindungan comprehensive.

perbezaan di antara komprehensif dan 3rd party.

komprehensif adalah perlindungan di mana sekiranya berlaku kemalangan antara kereta tuan puan dan pihak ke3, tuan puan bolehlah menuntut kos pembaikian bagi kedua2 kenderaan daripada pihak pelindung(insurans @ takaful)

3rd party pula adalah di mana tuan puan hanya boleh menuntut kos pembaikian bg pihak ke3 shj. bermakna hanya kereta yg dilanggar oleh tuan puan shj.

disebabkan inilah tuan puan perlulah mengambil perlindungan komprehensif sekiranya kereta tuan puan masih belum habis byr.

premium bg perlindungan komprehensif dan 3rd party mmg sgt berbeza. kiranya antara langit dan bumi jugaklah.

bg perlindungan komprehensif seperti yg me nyatakan sblm ini premium bg semua operator adalah sama. yg membuatkan ianya berbeza adalah kadar loadingnya( antaranya disebbkn oleh umur kenderaan >15thn, umur pemandu >70thn @ <21thn)>
kereta tuan puan perlulah dilindungi mengikut market value pasaran +/- 10%

sbg cth, harga pasaran tahun 2010 bagi perodua myvi 1.3ezi yg dibeli pada tahun 2008 berharga rm40k. tuan puan perlulah mengambil perlindungan bg kenderaan tersebut sebanyak rm36k-rm40k. jgn lebih dan jgn kurang.

kenapa?

sekiranya berlaku tuntutan lebih2 lg tuntutan total loss(disbbkn kereta terbakar, dicuri dan tdk dijumpai, atau kemalangan yg menyebabkan kenderaan tdk boleh digunakan lg) tuan puan hanya boleh menuntut hanya pd harga pasaran. jd, jika cover lebih dr rm40k, takkan dpt lebih and cover pd harga kurang dr harga pasaran AKAN DAPAT KURANG.

eh! me tak slh taip bila me mention akan dpt kurang tu. maksud me psl dpt kurang tu. operator( pengendali insurans @ takaful) akan bandingkan harga pasaran dan jumlah perlindungan mana2 yg terendah. jd sekiranya harga pasaran rm38k, tuan puan cover rm30k. operator akan byr hanya rm30k.

ini mungkin bg tuan puan npk mcm tdk mendtgkan apa2 masalah. tp cuba tuan puan bayangkan sekiranya loan pada bank masih berbaki rm35k, utk melangsaikan hutang tersebut, takaful hanya byr rm30k, baki rm5k tuan puan perlu tanggung sendiri.

ksh ini benar2 berlaku. sudahlah kereta dicuri, hutang ttp perlu dbyr.

ada hamba Allah ni dtg ke office sebenarnya berminat utk menjadi wakil takaful. tetapi dalam malu-malu begitu memberitahu me yg dia sebenarnya di declare bankrupt. jd tiada akaun persendirian. me bknlah minah sibuk yg sgt busybody nk tanya kenapa. tp hamba Allah ni berceritalah alkisahnya.

bg me mungkin utk dijdkan iktibar tuan puan. oleh kerana berasa jumlah perlindungan kenderaan tdk penting, mr A ni mengambil perlidungan rm10k berbanding harga pasaran rm60k. nk dijadikan cerita, kereta mr A dicuri. mr A pening kepala. insurans hanya byr rm10k. punyalah turun naik syarikat insurans buat rayuan. tp rm10k dgn rm 60k. jauh beza tu.

lepas tu salahkan sykt insurans. kata sykt insurans menipu. tak bertimbangrasa. padahal slh siapa?

me pn tak tau nk slhkn siapa. sbb me, kalau customer dtg mtk ltk pd harga yg terlalu amat rendah, me akan cerita consequences nya terlebih dahulu. tak kshla kalau terpaksa ambil masa me yg agk lama utk terangkan bg faham. me ttp jalankan tanggungjwb me. me taknak pengguna berasa tertipu. selebihnya, jika customer ttp berkeras nk amik rendah gila, me akan kata 'yg penting sy dh bgtau'.

bersambung lg? (panjangnya.......)

No comments:

Post a Comment