Friday, July 9, 2010

penyusuan eksklusif-susu ibu



ok! me mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap pasal perkara ni. sbb me cuma mampu bertahan 3 bulan sahaja susukan anak me. tapi untuk 2nd baby, me akan pastikan me akan menyusukan dia selama mungkin. amin!



Sebab me tak layak untuk bercerita mengenai betapa pentingnya susu ibu kepada anak ataupun bagaimana cara memastikan penyusuan ekslusif puan berjaya, jadi me rasa me adalah orang yang paling layak untuk memperkatakan mengapa ia tidak berjaya. sebab antara sebab2 yang bakal me senaraikan adalah perkara yang terjadi pada diri me dan ada juga yang terjadi pada para rakan @

puan sendiri.


apa yang bakal me sampaikan bukan sahaj patut dibaca oleh kaum ibu tetapi juga untuk kaum ayah.


1. susu tiada

actually, kalau tuan puan banyak mencari info mengenai penyusuan ekslusif ini, sepatutnya tiada istilah tiada susu ataupun susu tak cukup pada awal kelahiran. kecuali puting tersumbat. cara mengelak dari puting tersumbat ialah dengan mengamalkan mengurut breast(akan dipanggil "b" pada tulisan seterusnya) sejak kandungan mencecah tujuh bulan. ada juga yang mengamalkan tuam dengan kain yang direndam air panas. urut2 dengan kain tersebut.


itu cerita b tersumbat. ini pula cerita tidak cukup susu pada awal kelahiran. ish! ini lagila takde. mengikut pengalaman me sendiri (me menyusukan anak selama 3bulan ekslusif. tiada campur susu formula) pada minggu pertama atau lebih tepat dalam 5 hari pertama, memang susu yang keluar tidaklah banyak mana. 2 ke 3hari pertama kolostrum. baby pun time ni kalaupun minum setitik dua pun dia dah kenyang sangat dah. yang lama tu sebab dia nak bergantung je. saja nak menempel dengan ibu. sebab selama ni dia dalam perut ibu. jadi dengan bau ibu tu dia rasa selamat. kalau dia nangis pun bukanlah sebab tak cukup susu. sebab Allah tu Maha Kuasa. apa yg Dia dah tetapkan itulah ketentuannya. kalau setitik dua je yang keluar itulah keperluan sang anak ketika itu.


2. kurang pengetahuan

bila cakap pasal ni, me memangla rasa menyesal sangat. me maybe tergolong dalam golongan ini. me ingat ketika tu me memang dh banyak belajar pasal ni. sebab masa tu me selalu je baca posting dalam susuibu.com. rupa2nya, ilmu me ketika itu hanyalah 10%. malangnya kesedaran me datang agak lewat.


kenapa me kata me kurang pengetahuan?

masa me dalam pantang, me punya susu badan memang melimpah2. anak me menyusu tiap2 4jam. tapi, tiap2 2jam susu mesti kalau tak minum, mengalir keluar. habis basah baju me. selalu kene tukar baju. me pulak ketika tu, takdela pulak inisiatif nak perah ke.... me biar je air susu tu melimpah2. masa dalam pantang me banyak makan kurma, susu dan sayur sawi. tiap2 hari. mungkin itu salah satu faktor kenapa susu banyak.


dan susu ni banyak sampaila me habis pantang dan selepas tu me mula bekerja. spectra 3 memang setia bersama me tiap2 kali me pergi kerja. tapi ketika inilah me melakukan kesilapan yang amat besar.


me tak tahu langsung susu sepatutnya diperah mengikut masa yang sama tetap setiap hari. u've to be disciplined. that's the rule. me perah ikut suka me je. normally me perah masa me dah nak dekat balik rumah. dalam selepas asar macam tu. itu jela waktu yang me perah sepanjang hari berada di pejabat. kenapa?


sebab me tak beli cooler bag, me takde prepare mana2 tempat sejuk @ chill untuk simpan susu. dan dekat office takde peti sejuk. jadi, me malas nak pegi tumpang bekas ais makcik kedai makan(yang memang kadang2 me tumpang jugak) jadi me pun perah pada time tersebut setiap hari.


huish! susu punyela banyak masa tu. sekali perah me boleh dapat 2botol. dua2 B. adalah dalam 2 minggu macam tu, me mula rasakan kesannya. apa yang jadi?


susu me memang banyak masa lepas asar tu. tapi bila me balik rumah(biasa bila dah sampai rumah me memang bagi direct pada anak) nak bagi susu direct pada anak, susu takde. sampai la ke pukul 2 ke 3 pagi pun takde. anak me merungut susu takde. sudahnya stok terpaksa diambil bagi pada dia.


jadinye, esoknya macamana pulak. jadi me sedikit kedekutla nak bagi dia stok tu. sebab esok dia nak minum apa pulak nanti. pastu bila bagi minum pukul 4pagi dia mengamuk2 jugak. kalini bukan sebab tak cukup susu. habis sebab apa pulak?


sebab kalini susu memancut2, sampai dia tersedak2. macamana tu? sudahnye cukup je dia 2bulan setengah me dengan berat hati (suami juga) terpaksa memberikan dia susu formula.


ok, kiter sambung sebab ke 3 dalam next post ok.


3 comments: