Friday, July 9, 2010

penyusuan eksklusif-susu ibu



ok! me mungkin bukan orang yang layak untuk bercakap pasal perkara ni. sbb me cuma mampu bertahan 3 bulan sahaja susukan anak me. tapi untuk 2nd baby, me akan pastikan me akan menyusukan dia selama mungkin. amin!



Sebab me tak layak untuk bercerita mengenai betapa pentingnya susu ibu kepada anak ataupun bagaimana cara memastikan penyusuan ekslusif puan berjaya, jadi me rasa me adalah orang yang paling layak untuk memperkatakan mengapa ia tidak berjaya. sebab antara sebab2 yang bakal me senaraikan adalah perkara yang terjadi pada diri me dan ada juga yang terjadi pada para rakan @

puan sendiri.


apa yang bakal me sampaikan bukan sahaj patut dibaca oleh kaum ibu tetapi juga untuk kaum ayah.


1. susu tiada

actually, kalau tuan puan banyak mencari info mengenai penyusuan ekslusif ini, sepatutnya tiada istilah tiada susu ataupun susu tak cukup pada awal kelahiran. kecuali puting tersumbat. cara mengelak dari puting tersumbat ialah dengan mengamalkan mengurut breast(akan dipanggil "b" pada tulisan seterusnya) sejak kandungan mencecah tujuh bulan. ada juga yang mengamalkan tuam dengan kain yang direndam air panas. urut2 dengan kain tersebut.


itu cerita b tersumbat. ini pula cerita tidak cukup susu pada awal kelahiran. ish! ini lagila takde. mengikut pengalaman me sendiri (me menyusukan anak selama 3bulan ekslusif. tiada campur susu formula) pada minggu pertama atau lebih tepat dalam 5 hari pertama, memang susu yang keluar tidaklah banyak mana. 2 ke 3hari pertama kolostrum. baby pun time ni kalaupun minum setitik dua pun dia dah kenyang sangat dah. yang lama tu sebab dia nak bergantung je. saja nak menempel dengan ibu. sebab selama ni dia dalam perut ibu. jadi dengan bau ibu tu dia rasa selamat. kalau dia nangis pun bukanlah sebab tak cukup susu. sebab Allah tu Maha Kuasa. apa yg Dia dah tetapkan itulah ketentuannya. kalau setitik dua je yang keluar itulah keperluan sang anak ketika itu.


2. kurang pengetahuan

bila cakap pasal ni, me memangla rasa menyesal sangat. me maybe tergolong dalam golongan ini. me ingat ketika tu me memang dh banyak belajar pasal ni. sebab masa tu me selalu je baca posting dalam susuibu.com. rupa2nya, ilmu me ketika itu hanyalah 10%. malangnya kesedaran me datang agak lewat.


kenapa me kata me kurang pengetahuan?

masa me dalam pantang, me punya susu badan memang melimpah2. anak me menyusu tiap2 4jam. tapi, tiap2 2jam susu mesti kalau tak minum, mengalir keluar. habis basah baju me. selalu kene tukar baju. me pulak ketika tu, takdela pulak inisiatif nak perah ke.... me biar je air susu tu melimpah2. masa dalam pantang me banyak makan kurma, susu dan sayur sawi. tiap2 hari. mungkin itu salah satu faktor kenapa susu banyak.


dan susu ni banyak sampaila me habis pantang dan selepas tu me mula bekerja. spectra 3 memang setia bersama me tiap2 kali me pergi kerja. tapi ketika inilah me melakukan kesilapan yang amat besar.


me tak tahu langsung susu sepatutnya diperah mengikut masa yang sama tetap setiap hari. u've to be disciplined. that's the rule. me perah ikut suka me je. normally me perah masa me dah nak dekat balik rumah. dalam selepas asar macam tu. itu jela waktu yang me perah sepanjang hari berada di pejabat. kenapa?


sebab me tak beli cooler bag, me takde prepare mana2 tempat sejuk @ chill untuk simpan susu. dan dekat office takde peti sejuk. jadi, me malas nak pegi tumpang bekas ais makcik kedai makan(yang memang kadang2 me tumpang jugak) jadi me pun perah pada time tersebut setiap hari.


huish! susu punyela banyak masa tu. sekali perah me boleh dapat 2botol. dua2 B. adalah dalam 2 minggu macam tu, me mula rasakan kesannya. apa yang jadi?


susu me memang banyak masa lepas asar tu. tapi bila me balik rumah(biasa bila dah sampai rumah me memang bagi direct pada anak) nak bagi susu direct pada anak, susu takde. sampai la ke pukul 2 ke 3 pagi pun takde. anak me merungut susu takde. sudahnya stok terpaksa diambil bagi pada dia.


jadinye, esoknya macamana pulak. jadi me sedikit kedekutla nak bagi dia stok tu. sebab esok dia nak minum apa pulak nanti. pastu bila bagi minum pukul 4pagi dia mengamuk2 jugak. kalini bukan sebab tak cukup susu. habis sebab apa pulak?


sebab kalini susu memancut2, sampai dia tersedak2. macamana tu? sudahnye cukup je dia 2bulan setengah me dengan berat hati (suami juga) terpaksa memberikan dia susu formula.


ok, kiter sambung sebab ke 3 dalam next post ok.


welcome back!

salam,

lama me tak update information dlm blog ni. ini bukanlah disebabkan oleh me dh berpatah arang berkerat rotan dengan blog ni, tapi me memang tak berkesempatan untuk update. tengok saja info2 yang sebelum ni me bagi separuh-separuh jalan. ada ke patut?

me baru sahaja (ari isnin br ni) menamatkan sesi pengajian me di ukm. bukan master tapi baru je degree. almaklumlah dulu time kawan2 sibuk belajar, me sibuk nak kerja. la ni bila dah ada anak baru nak terkedek2 belajar.

btw, me sentiasa memastikan semangat me untuk menuntut ilmu dan menyambung master tinggi. taknaklah angan2 tahi ayam je. sebab me ni memang ada potensi jadi macam tu. mudah2an tidaklah.

untuk para sahabat, semoga semuanya dirahmati Allah selalu. amin!

Friday, May 14, 2010

unit amanah



me tercari-cari sesuatu yg me boleh masukkn sbg rujukan tuan puan. me mmg sgt menggemari skim unit amanah. cari punya cari me asyik je terjumpa the same article but being copy & paste to another blog. hm...... jd me decide taknak melakukan perkara yg sama.

hari ni me cuma nak masukkn advertorial dr www.sidc.com.my yg dimuatkan ke dlm harian metro. kelemahan unit amanah. sebenarnya smlm ada diselitkan kelebihannya tp me terlepas pandang pulak. nnt me masukkan ok. hari ini terimalah kelemahannya terlebih dahulu:)

ops! sebelum cerita ttg kelemahan me cerita serba sedikit apa itu unit amanah?

unit amanah (asn, asb, public mutual fund, cimb mutual fund, dll) adalah di mana sebuah syarikat yg berdaftar yg mempunyai pelabur2 professional yg menguruskan pelaburan anda, di mana pelaburan ini terdiri daripada pelbagai saham. jd oleh kerana ianya adalah gabungan dari pelabagai saham atau portfolio, risiko adalah rendah jika dibandingkan dengan melabur di dalam saham terbuka.

ok, seterusnya kelemahan pasaran unit amanah.

1.tertakluk kepada risiko pasaran

samada saham terbuka ataupun unit amanah tetap tertakluk kpd risiko pasaran. harga pasaran bergantung kepada tahap kesihatan pasaran. cumanya risiko pasaran bagi unit amanah adalah kecil berbanding saham terbuka di mana bergantung kepada porfolio(kepelbagaian pelaburan) unit amanah tersebut. cumanya tuan puan dinasihatkan supaya melabur di dalam amanah saham yg diyakini kestabilannya. tidak bercadang untuk promote mana-mana unit amanah tetapi tuan puan boleh melayari sendiri ttg ini di internet. ini juga dpt dilihat di dalam suratkhabar di bagaian ekonomi ataupun bisnes.

2.tidak sesuai bg pelaburan jangka pendek

ya! unit amanah bukanlah satu pelaburan jangka pendek. tuan puan memerlukan sekurang2nya tiga tahun ke 5thn utk melihat pelaburan tuan puan semakin bercambah sihat. jika tuan puan bercadang untuk menggunakan duit ini dalam masa yg singkat, ops! ini bukanlah pelaburan terbaik. namun begitu tuan puan juga bolehlah menikmati dividen bagi unit amanah ini.

3.tiada kawalan terhadap keputusan pelaburan

seperti yg me nyatakan dlm point yg pertama di mana syarikat unit amanah mempunyai portfolio yg tersendiri, tuan puan tdk mempunyai hak utk menentukan saham yg patut dibeli ataupun tdk. kerana ini ditentukan oleh syarikat saham itu sendiri. namun begitu tuan puan boleh emnarik nafas lega kerana tdk perlu bersusah-payah untuk memikirkan pelaburan yg patut dilakukan.

4. perlu membayar yuran dan caj berkaitan(yuran pembelian, yuran pertukaran etc)

disebabkn unit amanah diuruskan oleh professional tuan puan dikenakan caj2 berkaitan.

piala thomas + uber 2010

me dgn rasa bangganye letak gambar datuk lee chong wei ke dlm me punya entry. jd dgn semangat berkobarnya me nk berbicara mengenai piala thomas. walaupun title entry ni ialah piala thomas dan uber. tp me mmg taknak cakap psl piala uber sbb me mmg tak tgk langsung pn piala ubar yg biasanya masa me mmg tidak berada di depan tv. lagipun malaysia tidak dapat beraksi dalam piala akhir piala uber.

ok. ckp psl piala thomas. me memang duduk setia menonton di depan tv bersama si manja dan abg. walau si manja tu sering je mengganggu kami ttp setia menyokong skuad malaysia. dan sampai si manja pn terbawa2 untuk sama2 melaungkn kata semangat.

me mmg sgt menyokong skuad malaysia walaupun en jailani sidek mengatakan yg peluang malaysia utk menang adalah "impossible". eh! me tak setuju pulak dia ckp mcm tu. walaupun ya dia ckp berdasarkan fakta ttp me rasa dia patut yakin yg malaysia boleh menang jika usaha digandakan.

mcm k.rajagopal yg yakin dgn skuad bola malaysia yg boleh mengatasi kelemahan mereka untuk menjulang pingat. walaupun kutukan demi kutukan kepada skuad bola malaysia tp me rs mcm rajagopal buat tak dgr shj atas apa yg dikomen. itu yg me mmg salute k.rajagopal. FAM membuat keputusan yg tepat memilih beliau sbg jurulatih.

jd dengan itu juga me mengharapkan perkara yg sama pd jurulatih skuad badminton negara. bukan mereka tdk menunjukkan kecermalangan dlm permainan mereka, ttp nampak seperti sama sahaja.

me paling sakit hati bila menonton perlawanan di antara datuk lee dgn lin dan. sbb datuk lee adalah pemain nombor 1 dunia. jd beliau lebih layak menjadi juara. beliau lebih layak sepatutnya memenangi perlawanan di antara beliau dan lin dan. me tahu juga yg datuk lee pernah mengatasi lin dan pd thn lps. yes! tlg ulangi kejayaan tersebut. sbb bila dia menang me tak dapat tgk pulak. bila dia tak menang me selalu je dpt tgk dan sakit hati.

ok me sedar ini adalah perjuangan berkumpulan. mudah2an bukan datuk lee shj yg berusaha keras. ahli skuad negara yg lain juga turut berusaha dan menaikkn nama malaysia. meskipun peluang mungkon 30%, me tak nafikan semangat dan keyakinan penting dalam pertandingan.

go choon hann go! eh! go skuad badminton malaysia go! jom sama2 kita bg semangat pd skuad badminton walau menjerit di rumah sekalipun:)

7 things to stop doing on facebook

copy from the link,

7 things to stop doing now on facebook

  1. using a weak password
  2. leaving your full birth date on profile
  3. overlooking useful privacy control
  4. posting your child's name in caption
  5. mentioning that u'll be away from home
  6. letting search engines find you
  7. permitting youngsters to use facebook unsupervised.

for more, click on the title above.

Thursday, May 6, 2010

myMetro | GST kukuh kewangan

myMetro GST kukuh kewangan

GST again n again!


me ni baca paper harian metro je. sbb apa me beli harian metro sbb dl harian metro plg murah. rm1.20 je time suratkhabar utusan dan berita harian naik ke rm1.50. tp bila harian metro naikkn juga harga terus me bertukar kepada sinar harian. sbb tujuan beli paper ni utk bacaan customer yg dtg ke office je. sementara menunggu me siapkn covernote kereta, boleh la mereka membaca paper. membaca kn jambatan ilmu:)

tp sinar ni mcm tak kene dgn me punya jiwa. sbb sinar ni byk berita tempatan. (agknya me ni suka sgt baca cerita artis-patutlah-heheheheh) last2 tukar blk beli harian metro. tp pg td me terbaca psl gst. pls refer to the link. hm...... tuan puan baca sendirilah! me malas je rs nk komen pjg2. nnt kene gam pulak nnt.

kesimpulan yg me dpt buat, gst utk manfaat kerajaan, meningkatkn pendapatan kerajaan utk pembangunan negara.

kakitangan kerajaan keep on mtk increase their wages, and then yg ni kira akan membantu kerajaan utk menaikkn gaji kakitangan kerajaan.

selain itu, bg membendung peniaga menaikkn harga sesuka hati rakyat akan diberikan lesson yg secukupnya ttg gst ini(sejauh mana?) dan kerajaan juga akan memastikan peniaga tdk akan menaikn harga sesuka hati.

brgn keperluan tdk akan dikenakan gst(cth: minyak, tepung, garam, gula) elektrik tdk akan dikenakan gst bg 200unit pertama dan bg air pula bg 35 meter padu yg pertama(ya Allah! semua ke kena?)

tapi tuan puan, persoalan yg bermain2 dan menari di me punya minda.

mampukah kerajaan memastikan tiada kenaikan harga dari para peniaga?

believe me! they'll create a reasons so that they can increase the price.

wallahua'lam