Friday, April 30, 2010

roadtax renewal-maklumat tambahan/insurans

yang ni me nk tambah sedkit info je. tak panjang mana. sekadar pengetahuan tambahan yg agk berguna.

info 1
bagi perlindungan kenderaan td, sila pastikan tuan puan meletakkan nama pemandu kenderaan tersebut. sbg contoh, kereta nama suami, tp isteri @ adk yg selalu drive. makesure include skali nama mereka ke dalam polisi tersebut.

kenapa perlu ye?

sbb sekiranya kemalangan berlaku ketika org lain yang memandu kenderaan tersebut dan pemandu ini tidak dinamakan maka tuan puan akan dikenakan akses wajib rm400. di mana sekiranya tuntutan tersebut adalah rm3000. jumlah yg akan dibayar kepada tuan puan adalah rm2600(rm3000-rm400). sebagai denda bg pemandu yg tdk dinamakan.

ada charge tambahan?

tiada charge tambahan bg pemandu pertama(owner kereta) dan pemandu ke2. tetapi bg pemandu ke3, ke4 dan seterusnya rm10 bg setiap pemandu.

ish!byknya. kalau anak ada 5 and lima-lima boleh drive takkan nk letak lima-lima?

tak perlu. makesure include kan yg kerap memandu kenderaan tersebut shj.

info 2
tuan puan digalakkan mengambil perlidungan tambahan bg cermin. almaklumlah cermin ni mmg satu masalah. boleh pecah tak kira masa dan ketika. kdg2 sbb batu kecil je dh boleh pecah cermin tu. kdg2 sbb ada insan khianat pecahkan cermin sbb nk ambil laptop yg tuan puan tinggalkn dlm kereta(sapa suruh?)

jd bg perlindungan cermin ni adalah mengikut harga cermin depan kenderaan tuan puan. sbg cth: jika tuan puan baiki cermin depan harganya lebih krg rm400. jd tuan puan coverlah rm400 utk cermin tersebut. bg setiap rm100 yg dicover tuan puan perlu byr rm15. mcm cth td, utk cover rm400: rm400/100 X rm15=rm60. jd tuan puan perlu tambah rm60 bg perlidungan kenderaan tuan puan.

kenapa cermin dpn je? cermin kiri knn, blkg tak cover ke?

cover. tp kebiasaannya hanya satu bahagian(dpn, kiri, knn) shj yg pecah. jd semua tu di cover. jd kita ambil kos yg plg maksimum. i.e cermin depan.

sekian, selesai........:)

roadtax renewal part 3- ncb dan roadtax

selepas settled hal jumlah perlidungan, kita ckp pasal ncb@ ncd. ncb tu me sebenarnya sampai skrg tak tau stands for apa tp ncd tu adalah non-cash discount. tp dua2 tu memberi erti yg sama.

ncd adalah diskaun yg tuan puan terima kerana berkelakuan baik. hehehe.... sesuai...sesuai.... kerana menjadi pemandu yg berhemah. krn tidak melanggar divider hingga kenderaan remuk, tdk melangar kenderaan lain dan apa2 juga kemalangan yg menyebabkan tuan perlu menuntut dari pihak takaful.

diskaun ini meningkat dr tahun ke tahun sehingga max 6thn. thn 1st(thn kenderaan dibeli-0%), thn ke2-25%, thn ke3-30%, thn ke4-38.33% thn ke5-45% dan max adalah 55% hingga akhirnya selagi tuan puan masih berkelakuan baik.

diskaun ini boleh ditransfer dari kereta ke kereta yg lain ataupun dari insurans lain ke insurans lain. dgn syarat tuan puan perlulah menyimpan rekod bagi polisi kenderaan tersebut bagi tahun ini utk kegunaan thn dpn.

sekiranya pada tahun ke3 tuan puan melakukan tuntutan, ncd ini akan kembali semula kepada 0% dan seterusnya.

huh! lega!

selepas urusan perlindungan kereta selesai, barulah tuan puan boleh renew roadtax. samada menggunakan khidmat
http://www.myeg.com.my/ , ataupun pergi ke jpj@post office utk renew roadtax. bg urusan di jpj @ post office tuan puan perlu membawa bersama geran kereta tersebut. beserta duit ye!

nk tau berapa harga roadtax?

harga roadtax ada tercatat di bhgn depan geran bersama-sama maklumat kenderaan. ada harga bg 6bln ataupun setahun. ataupun, ntah mana entah geran berada tuan puan boleh layari
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/roadtax.asp

roadtax renewal part 2- perlindungan insurans @ takaful

bagaimana boleh tertipu?

both operators(insurans dan takaful) apply the same concept & rate. tuan puan boleh pilih samada utk mengambil comprehesive/1st party atau 3rd party. kebiasaannya utk kereta yg masih di finance tuan puan diwajibkan utk mengambil perlindungan comprehensive.

perbezaan di antara komprehensif dan 3rd party.

komprehensif adalah perlindungan di mana sekiranya berlaku kemalangan antara kereta tuan puan dan pihak ke3, tuan puan bolehlah menuntut kos pembaikian bagi kedua2 kenderaan daripada pihak pelindung(insurans @ takaful)

3rd party pula adalah di mana tuan puan hanya boleh menuntut kos pembaikian bg pihak ke3 shj. bermakna hanya kereta yg dilanggar oleh tuan puan shj.

disebabkan inilah tuan puan perlulah mengambil perlindungan komprehensif sekiranya kereta tuan puan masih belum habis byr.

premium bg perlindungan komprehensif dan 3rd party mmg sgt berbeza. kiranya antara langit dan bumi jugaklah.

bg perlindungan komprehensif seperti yg me nyatakan sblm ini premium bg semua operator adalah sama. yg membuatkan ianya berbeza adalah kadar loadingnya( antaranya disebbkn oleh umur kenderaan >15thn, umur pemandu >70thn @ <21thn)>
kereta tuan puan perlulah dilindungi mengikut market value pasaran +/- 10%

sbg cth, harga pasaran tahun 2010 bagi perodua myvi 1.3ezi yg dibeli pada tahun 2008 berharga rm40k. tuan puan perlulah mengambil perlindungan bg kenderaan tersebut sebanyak rm36k-rm40k. jgn lebih dan jgn kurang.

kenapa?

sekiranya berlaku tuntutan lebih2 lg tuntutan total loss(disbbkn kereta terbakar, dicuri dan tdk dijumpai, atau kemalangan yg menyebabkan kenderaan tdk boleh digunakan lg) tuan puan hanya boleh menuntut hanya pd harga pasaran. jd, jika cover lebih dr rm40k, takkan dpt lebih and cover pd harga kurang dr harga pasaran AKAN DAPAT KURANG.

eh! me tak slh taip bila me mention akan dpt kurang tu. maksud me psl dpt kurang tu. operator( pengendali insurans @ takaful) akan bandingkan harga pasaran dan jumlah perlindungan mana2 yg terendah. jd sekiranya harga pasaran rm38k, tuan puan cover rm30k. operator akan byr hanya rm30k.

ini mungkin bg tuan puan npk mcm tdk mendtgkan apa2 masalah. tp cuba tuan puan bayangkan sekiranya loan pada bank masih berbaki rm35k, utk melangsaikan hutang tersebut, takaful hanya byr rm30k, baki rm5k tuan puan perlu tanggung sendiri.

ksh ini benar2 berlaku. sudahlah kereta dicuri, hutang ttp perlu dbyr.

ada hamba Allah ni dtg ke office sebenarnya berminat utk menjadi wakil takaful. tetapi dalam malu-malu begitu memberitahu me yg dia sebenarnya di declare bankrupt. jd tiada akaun persendirian. me bknlah minah sibuk yg sgt busybody nk tanya kenapa. tp hamba Allah ni berceritalah alkisahnya.

bg me mungkin utk dijdkan iktibar tuan puan. oleh kerana berasa jumlah perlindungan kenderaan tdk penting, mr A ni mengambil perlidungan rm10k berbanding harga pasaran rm60k. nk dijadikan cerita, kereta mr A dicuri. mr A pening kepala. insurans hanya byr rm10k. punyalah turun naik syarikat insurans buat rayuan. tp rm10k dgn rm 60k. jauh beza tu.

lepas tu salahkan sykt insurans. kata sykt insurans menipu. tak bertimbangrasa. padahal slh siapa?

me pn tak tau nk slhkn siapa. sbb me, kalau customer dtg mtk ltk pd harga yg terlalu amat rendah, me akan cerita consequences nya terlebih dahulu. tak kshla kalau terpaksa ambil masa me yg agk lama utk terangkan bg faham. me ttp jalankan tanggungjwb me. me taknak pengguna berasa tertipu. selebihnya, jika customer ttp berkeras nk amik rendah gila, me akan kata 'yg penting sy dh bgtau'.

bersambung lg? (panjangnya.......)

roadtax renewal


me nak cerita pasal nk renew roadtax ni. me sangatla yakin yg bahawa bukan semua org tau bagaimana nk memperbaharui roadtax @ cukai jalan. dan me berani convince tuan puan bahawa apa yg me sampaikn ini adalah sesuatu yg benar, kalau terpesong pun mungkin 1%. :D
me mmg pakar dlm bidang ni sbb me dh berkecimpung dlm urusan pembaharuan roadtax ni dh hampir 4thn. jd percayalah! hehehe
ye! mcm yg me bgtau sblm ni ramai yg tak tahu bagaimana utk renew roadtax walaupun dia pakai kereta. sepanjang pengalaman me uruskan ni yg tak tahu ni biasanya perempuan, samada seorg anak kpd bapa yg dedikasi @ isteri atau dia seorg makwe @ tunang. sbb yg handle ni org lelakinya. jd yg dia tahu bwk kereta and jalan. sampaikn roadtx dh mati pn main jln je kereta. hehehe.....(including me!)
ada yg dtg cerita dkt me yg husband br meninggal. roadtax dh mati. macamana nk renew pn dia tak tahu. jd mmg bergantung harap pd me.
itupun sekiranya org yg handle tu cukup jujur mcm me(puji diri sendiri) kalau dpt yg kaki belit? tuan puan fikirkanlah....
ada kes ke2 pulak, si suami pulak dtg renew. dia kata dia taknak dh bg isteri dia renewkn roadtax. sbb apa? dia kata isteri dia kene tipu. byr seribu lebih padahalnya polisi nya 3rd party je. i.e rm100 lebih macam tu je. ini mmg boleh berlaku.
tak kurang juga yg mls nk berfikir, pass je dkt me utk settlekn. yg penting roadtax renew n sampai ke tgn diorang. berapa yg kene byr diorang tak kisah pn.
jd di sini me terangkn serba lengkap(harapnya) bagaimana untuk renew roadtax ni.
1. nk renew roadtax tuan puan perlu pastikan terlebih dahulu di mana geran yg asal berada. geran asal ni berwarna pink dan ada printed depan belakang. ini adalah bukti pembaharuan roadtax tuan puan. selalunya geran ni berkemungkinan ada di 2 tempat. samada pd financier(kebiasaannya bank) @ pd tuan puan sendiri( if loan dh lebih 2thn(ambank) @ setahun(cimb dll) tuan puan boleh keluarkn geran utk disimpan sendiri)
bagi peminjam bank rakyat dan bank muamalat, geran akan disimpan oleh bank sehingga loan selesai dibayar.
2. sblm renew roadtax tuan puan perlulah mengambil perlindungan insurans @ takaful terlebih dahulu utk kenderaan tuan puan. di sinilah selalunya kekeliruan dan penipuan berlaku.
bagaimana ini boleh terjadi?
to be continued........

Wednesday, April 21, 2010

pemandu berhemah


tuan puan pemandu berhemah?

aduhai..... me sebenarnya rajin betul check org lain punya blog. tp me terasa malas utk update me punya blog sendiri. bukan tak ada benda yg nk di perkatakan tp pc me ni meragama tak tentu psl.

selalu me taip dulu kt microsoft words n lepas tu me copy + paste. tp entah di mana silapnya boleh copy dr words tp tak boleh nak paste. aduhai......

ni dh mengeluh byk kali ni.... stop!

me ulang blk soalan me. tuan puan pemandu berhemah? apa yg tuan puan faham psl pemandu berhemah ni?

pemahaman me adalah di mana kita mencuba untuk menjadi seorg pemandu yg tidak mementingkn diri sendiri semasa memandu di jln raya. tak rs diri sentiasa betul semasa memandu. itu adalah pendapat me.

sbg cth: bila tuan puan akan melalui simpang tiga di mana tuan puan yg sepatutnya lalu terlebih dahulu instead of kereta yg keluar dr simpang, tuan puan perlahankan kenderaan tuan puan apabila melalui simpang tersebut dgn anggapan yg kereta tersebut akan keluar dr simpang tanpa menghiraukan kereta tuan puan. that is what me called pemnadu berhemah.

kita tak perlulah nk cerita psl potong queue. yg tu toksah cakapla. itu memanglah sgt tdk berhemah.

ops! sorry kalau terasa. walaupun me ada erti berhemah dalam hati me. me juga tidak terlepas utk menjadi tdk berhemah. sbb me juga potong queue( ish! noty ni!), me juga selamba n sesuka hati memotong tanpa memberi signal n adalah lg yg me rs mcm tak perlulah pulak nk senaraikan.

tp seriously tuan puan! me nk ingatkn. jika tuan puan bercdg utk menjadi pemandu yg tdk berhemah pastikan tuan puan tdk menyusahkn pengguna jlnraya yg lain. itulah yg plg penting.

pg td me dgr di hot.fm psl memberi laluan pd ambulans. me ni sgtlah tdk bersetuju dgn ada pendapat seorang pengirim sms yg dgn terang2nya memberitahu yg tdk akan memberi laluan kepada ambulans kerana beranggapan bhw mereka menipu. menipu yg sebenarnya tiada pesakit di dlm ambulans tersebut. tp me sgtlah bersetuju dgn jwpn fara fauza pd pengirim sms tersebut. "eh! jgn buat cam2. elok bg laluan. tak kshla dia tipu ke tdk. nnt bila kena time kita, kita taula".

betul ckp fara tu. me pn sentiasa berfikiran positif bila bab ambulans ni. kalau me dgr bunyi ambulans me akan terjenguk2 di dlm kereta mencari arah dtgnya bunyi ambulans tu. bkn sbb me busybody(walau adalah gk sikit2) tp sbb me nk makesure me bknlah punca ambulans tu lambat sampai ke destinasi yg sepatutnya. esok2 jwb kt akhirat ok!

lg 1, last week ada AG ckp psl kompaun jpj akan dinaikkn 300% ke macam tu. me setuju ke?

nk kata setuju tu tidaklah, sbb mana la tau nnt me terdpt kompaun tu 1 hal plak me nk byr nnt. tp nk tak setuju pun tidak jugak. tp part ni me mmg sgt tak setuju. sekali lagi me dgn sesuka hatinya condemn 1 caller ni. (me ni bab condemn ni mmg hebat!-mcmla diri tu hebat sgt)

dia kata "if kata dorang nk increasekn compound, why not dorang increasekn speed limit kpd 220km/j. yela, apa guna beli kereta mahal2 klo xbleh speed"

hello! part apa guna kereta mahal tu kalau tak boleh speed me sgtla bersetuju. tapi part nk increase speed limit tu sgt2 super( mmg la amat tidak bersetuju-penggunaan tatabahasa yg tidak betul:)) mmg me tidak bersetuju. sgt bahaya ok!

me dulu time anak2 dara me mmg speed je sokmo. yela, boring tau duduk dlm kereta sorang2. tp me kalau speed me pastikn dlm kereta ada me sorang je. sbb kalau me mati pn sorang2 je. me pernah speed sampai 180km/j naik wira. meter wira 200 ok! tp time tu me bwk ibu. dari PD ke KL. ibu ada kursus n kami dh lambat. so, me dgn concerntration yg terlalu amat tinggi speed.

ibu takde komen apa2 while me tgh driving. ibu senyap n me too. why? sbb driving at the higher speed ni mmg need full concertration. tak boleh stress, tak bole time mengantuk and byklah yg tak boleh dr yg boleh.

jadinya, not all yg boleh jd speedo ni. me? hehehehe..... my bro said "ops! sorry i'm maybe a good advisor but she's a good driver" betul ke? ask my family ok!

but anyway, me dh bertaubat. ada suami, ada anak will made u think that u want to live a much longer with them. if u love your family and yourself u will take an extra care of yourself. including driving at the right speed limit.

kesimpulannya, mungkin ssh utk jadi pemandu yg berhemah but be a good driver. (sama ke? beza if u understand it)

Wednesday, April 14, 2010

sedikit sibuk

lama rupanya me tak update blog ni. insyaallah me akan update asap. mcm title entry tu, me mmg sedikit sibuk semenjak 2 menjak ni. actually, yg perancangan keluarga tu pn me tak siap post lg. will update later ok. tq

Tuesday, April 6, 2010

family planning (part 4)

gambar di sebelah adalah contoh pil 21 dan 28. me akan terangkan kemudian kenapa 21 n 28 tu.


Bilakah kaedah perancang keluarga perlu dimulakan?

Hormon (pil)

  • Wanita tidak hamil- bila-bila masa, terutamanya dalam masa 7 hari selepas kedatangan haid. (pil mungkin akan menyebabkan sedikit pendarahan kerana pil ini juga bertindak mencuci darah pada rahim/menipiskan rahim. Jangan risau jika ini berlaku kerana ini adalah simptom yg biasa melainkan ianya pendarahan yang berterusan, barulah perkara ini perlu dirujuk pada doktor)
  • Selepas keguguran- mulakan serta merta
  • Selepas kelahiran :-
    Jika tidak menyusukan bayi-mulakan 3 minggu selepas melahirkan anak
    Jika menyusukan bayi- mulakan 6 bulan selepas melahirkan anak atau lebih awal jika berhenti menyusu atau digantikan dengan susu formula
    (part ni me xberapa setuju. Yg ni yg me bc n tanya dari doktor ok! Setahu me, pil boleh digunakan utk kedua2 samada ibu yang menyusukan ataupun tidak. Cuma bg ibu yg menyusukan, ada 1 pil jenama noriday yg dikhususkan utk ibu yg menyusukan anak.(cara pemakanan rujuk nota2). Seawal bila sepatutnya pil dimakan? Tdk kira pil bg ibu menyusukan ataupun tidak, dimulakan seawal 3minggu atau hari ke-40 melahirkan. Atau jika terlepas tarikh tersebut, puan perlu mulakannya apabila datang haid pertama selepas melahirkan. i.e. pd hari pertama haid. Ataupun dlm tempoh haid tersebut.)

Suntikan hormon

  • Mulakan dalam masa 7 hari haid
  • Mulakan serta merta selepas keguguran
  • Selepas kelahiran
  • Sekiranya tidak menyusu-serta-merta selepas melahirkan anak
  • Jika menyusukan bayi-6 minggu selepas melahirkan anak
    (yg ni pulak me xberapa sure. Nnt me confirmkn blk ok!)

Alat dalam rahim

  • Semasa haid
  • Serta merta selepas keguguran
  • 6-8 minggu selepas kelahiran sebelum memulakan hubungan seks

Kaedah kekal

Wanita (Ikatan tiub fallopian/ tiub peranakkan)

  • serta-merta selepas melahirkan atau
  • 6 minggu selepas melahirkan atau
  • Semasa pembedahan kelahiran/ Caesar atau
  • Bila-bila masa

Lelaki (Vasektomi)

  • Bila-bila masa

Adakah kaedah perancang keluarga yang digunakan semasa kecemasan berkesan untuk mengelak kehamilan

Keberkesanan Pil perancang yang di gunakan semasa kecemasan ialah 75% manakala keberkesanan Alat dalam rahim pula adalah 99.9% untuk mengelak kehamilan.