Sunday, January 1, 2012

internet banking

tuan puan arif dengan perbankan internet?
me, insyaallah mudah-mudahan me takkan tertipu atau terpengaruh dengan penipuan.

ada masanya me naik marah membaca suratkhabar. bukan nak membodoh-bodohkan orang tapi dalam pada kerajaan dan organisasi swasta memberikan kesedaran kepada pengguna, tetap dalam masa yang sama ada yang terkena.

sedangkan dalam akhbar sering sahaja termuat isu si peah tertipu, si bedah kena tipu, ramli ditipu, rugi pulak berjuta-juta. banyak sungguh duit mereka.

jadi, kat sini me ni tolonglah pihak bank yang mungkin ada tuan puan yang tidak berapa perasan pop-up yang akan muncul sebelum login ke akaun.

amaran keras! jangan login ke perbankan internet anda melalui emel. sbg contoh ada menerima email dari maybank kononnya anda perlu mengemaskini akaun. memang banyak kes begini. bila akaun me yang telah ditinggalkan tiba-tiba ada duit, mulalah bertubi-tubi emel yang masuk minta dikemaskini butir-butir akaun. di emel tersebut disertakan url ke perbankan internet tersebut. jangan sekali-sekali login di situ.

antara ciri-ciri perbankan internet tersebut adalah yang benar lagi sah, tuan puan perlu lihat address tersebut dimulai dengan https. "s" memberi maksud secured. dan ada lambang kunci di situ. selain itu kini banyak ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan oleh bank-bank tempatan yang mempunyai perbankan internet. antaranya gambar dan ada juga tulisan yang ditetapkan oleh tuan puan sendiri.

mudah-mudahan tuan puan bukan mangsa penipuan. zaman ini kita perlu mengesyaki dan was-was dengan unsur-unsur online ini walaupun ianya memang banyak membantu kita dalam mempermudahkan urusan harian. sekian
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Wednesday, June 1, 2011

Kebalkah Iman Kita?

ye, kebalkah iman di hati kita? me memang patut bersyukur yang me dan suami berkahwin awal. alhamdulillah.

kadang-kadang bila me terbaca kisah pembuangan anak, mengandung anak tidak sah taraf, me turut sama mengalami emosi yang amat tidak stabil.

termarah-marah tapi takdela sampai terjerit-jerit. tapi hati rasa sakit, batin di dalam terasa bagai nak pecah. tapi apa jaminan yang me boleh beri sekiranya me berada pada situasi mereka ini yang me akan turut sama tidak tersasar?

kebal sangatkah iman di hati me? bila tengok remaja berjalan (me pasti belum bernikah) berpimpinan tangan, me juga pernah seperti mereka. memang dalam hati menggelengkan kepala, padahalnya me dulu begitu juga. tapi apa bentengnya? iman? hati? sejauh mana kita mampu membentenginya?

pernah dengar pangkat syaitan yang memperngaruhi si ustaz mungkin jauh lebih tinggi dari pangkat syaitan si gigolo? nampak syaitan yang menggoda kita pangkat apa? ha........ tak tau kan? jadi berdoalah selalu tuan puan tidak tersasar.... bersyukurlah Allah masih sayangkan tuan puan dengan diberikan ujian dan dugaan.

bila ditimpa musibah, renung sejenak, pasti ada sesuatu yang mahu Allah sampaikan kepada kita. juga bila ditimpa bahagia, jangan asyik terus leka. dugaan Allah dalam pelbagai rupa...

Ya Allah, ketentuan kami di tangan MU, kau bantulah kami menjadi mukmin yang soleh, Berilah hidayahMu kepada kami ya Allah, jangan kau bolak-balikkan hati kami setelah kami memperoleh hidayah dariMU ya Allah. mudah2an Kau tetapkan hati kami dalam beriman kepada MU. dan mati kami dalam keadaan kami beriman kepada MU ya Rabbul Alamin...
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Friday, February 25, 2011

percutian!


me bukanlah nak bercerita mengenai me punya percutian. tapi me nak berkongsi dengan tuan puan bagaimana tuan puan nak pastikan yang percutian tuan puan berbaloi.

walaupun me bukanlah pemandu pelancong ataupun bekerja dengan mana-mana syarikat pelancongan tapi me memang berpengalaman menguruskan percutian berkumpulan. setakat ini mungkin dah 5 percutian. dan setahu me la, kesemua peserta berpuas hati dengan apa yang me uruskan.(belakang-belakang tak tahula) hehehehe.....

bila tuan puan nak pergi bercuti, bercadang untuk bercuti, perkara yang paling utama tuan puan kene buat ialah budget. berapa budget tuan puan. rm100? rm1000? besar budget lagi la senang urusannya. tapi, bukan kata kecil budget tak boleh bergembira juga. kalau kene gaya dan caranya mesti best juga.

sebab tu budget tu penting. me ni suka gaya backpackers. senang, simple, mudah. walaupun semuanya memberikan maksud yang sama, tapi memang keselesaan tetap menjadi topik. sebagai contoh, tuan puan bercadang ke cameron highland 3hari 2malam menaiki kereta sendiri. jadi, senarai yang perlu ada dalam budget tuan puan ialah; minyak kenderaan&tol, hotel/chalet/apartment, makan untuk 3hari 2malam, shopping.

kalau tuan puan di semenanjung, nak ke sabah/sarawak, yang patut ada dalam budget tuan puan ialah; tiket penerbangan, kenderaan sewa, minyak, hotel, makan, shopping dan bayaran masuk ke muzium dll.

jadi bila tuan puan dah ada list, duit di tangan pun takdela bawak banyak. yang patut-patut sahaja. jadi, kebarangkalian tuan puan berbelanja sakan agak sedikit.

benda kedua yang tuan puan patut ambil berat ialah tempat-tempat yang perlu dilawati. zaman ni macam-macam cara tuan puan boleh dapatkan info. terutamanya dari internet. dalam internet ni macam-macam ada. dari situ, tuan puan patut tengok jarak dari tempat menginap ke tempat yang ingin dilawati, berapa bayaran masuk, berapa lama masa yang tuan puan perlu ambil di sana, dan tuan puan perlu kalau boleh tengok dalam peta tempat-tempat yang ingin dilawati. mana yang berhampiran didulukan. yang jauh dikemudiankan. mana yang perlu ambil masa yang lama. mana yang perlu ambil masa yang sedikit. itu semua penting. jadi supaya masa yang tuan puan gunakan semasa bercuti terisi dengan bermanfaat.

dan akhir sekali, beg. 1 je perkataannya iaitu beg. tuan puan perlulah pastikan tuan puan travel light. nk translate macamana ye. tapi yang pastinye kalau pergi suami isteri je bawa 1 beg je tak payah 2beg. kalau ada anak pun biar 1 beg je yang dibawa ke sana sini. lepas tu, beg yang dibawa tu tersangatla mudah dibawa. contoh, beg tarik dan backpack.

sekian, rasa-rasa tu je benda yang paling penting kot. kalau me rasa ada nak tambah nanti me tambah. semoga percutian tuan puan indah untuk dikenang:)
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Masa berlalu terlalu Pantas

assalamualaikum,

bukan me sengaja mengabaikan blog ni. dan bukanlah me tiada idea untuk mengemaskini blog. memang terlalu banyak hal yang patut dibicarakan. tapi me kesuntukan masa. bila nak meluahkan idea perlukan suasana yang tenang dan aman. me sangat memerlukan semua itu.

sebenarnya dalam lrt pun boleh je nak kemaskini blog, tapi takde pulak laptop nye. mungkin kalau me ada laptop lagi best kot. hihihi.....

tapi takpe, me memang dah bertekad, dapat je me sambung master, me pasti carik laptop untuk dihadiahkan kepada diri me sendiri.

harap-harap abg sayang me tu dapatla habiskan tesis dia semester ni. dapatla me apply sambung belajar.

sekian, buat masa ni.

ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Tuesday, September 28, 2010

pernikahan=komitmen


entry kali ni me tujukan khas buat seorang sahabat yang sentiasa disayangi. U always have my shoulder to cry on!

pernikaha bukan sahaja ikatan di antara 2 hati. tapi apa yang me nampak ia juga adalah komitment di antara 2 pihak. samada pihak lelaki bersedia untuk memberi komitmen kepada seorang isteri bukan sahaja dari segi batin malah rohani dan jasmani. mendirikan rumahtangga jauh lebih mudah dari mengharunginya. entry me kalini bukanlah luahan hati dari isihati me tetapi ini adalah kenyataan dan hakikat yang kita semua akan laluinya.

me tiba-tiba teringat apa yang adik me cakap pada me baru-baru ini. apabila penceraian sering menjadi isu, adik me cakap dia takut untuk melaluinya. me ingatkan dia, bahawa bukan penceraian sahaja yang sering menjadi isu dan perbalahan juga dugaan dalam berumahtangga. banyak lagi isu lain. ibu bapa boleh jadi isu, anak boleh jadi isu, duit boleh jadi isu, kerja boleh jadi isu. apa sahaja boleh jadi isu. kesemuanya adalah ketentuan Yang Maha Esa.

Allah tidak akan menduga hambaNya di luar kemampuan HambaNya. jadi, berbalik pada awal entry ini, pernikahan adalah komitmen di antara 2 hati.

samada si wanita apabila menjadi isteri, sanggup mengorbankan mungkin hampir 50% dari apa yang boleh dilakukan semasa bujang dan samada si lelaki pula sanggup menyediakan hati hanya pada isi rumahnya yang begitu setia menanti?

tepuk dada bukan sahaja tanya pada hati tapi tanyalah iman tuan puan sejauh mana kita sanggup diuji dan teruji.

mudah-mudahan me, ahli keluarga me, tuan dan puan sentiasa Allah pelihara dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. AMIN!
ukhuwah itu indahbila bertemu dan berpisahatas nama ALlah!

Tuesday, August 3, 2010

Komen anda? Penting ke?


Sejauh mana tuan puan sanggup menyatakan ketidakpuasan hati tuan puan? Mungkin terlalu general. Biar me specifickan. Kalau tuan puan tidak berpuas hati dengan pengurusan bank semasa melakukan transaksi bank melalui kaunter, sejauh mana tindakan tuan puan menyatakan ketidakpuasan hati tuan puan?

Tanya me? Hm..... mungkin me membebel pada orang lain. Lepas tu karang komen dalam hati. Tapi tidak dihantar atau submit pada yang sepatutnya.

Jadi adakah kita membantu mereka untuk menjadi lebih baik dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik? Selepas tu kita cerita kelemahan sekian tempat sekian tempat ni pada orang. Eh! Me begitu juga.

Tapi...... berbalik pada perkara tajuk. Komen kita, penting ke?

Itulah kalau hendak fikirkan penting @ tidak memang boleh jadi sakit hati. Tapi hendak @ tidak kita memang sepatutnya komen. Bukan sahaja dapat membantu pengurusan untuk menjadi lebih baik tetapi mungkin juga sebenarnya pihak atasan tidak tahu menahu apa yang terjadi di bawah. Yang mereka tahu semuanya baik belaka.

Setiap kita memang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Me baru je jadi berani untuk menyatakan pendapat me. Me tak kisah apa pandangan orang pada me. Dan me juga tak kata apa yang me cakap perkara yang betul. Tuan puan bila lagi?